Sunday, 18 December 2016

PENGALAMAN PERGI JOBFAIR

Assalamualaikum~

Ok...semalam adalah hari yang paling memenatkan sbb kene berjalan jauh. Jobfair yg aku pergi ni dianjurkan oleh team MAUKERJA. Siapa yg tgh seeking kerja tu tau la MAUKERJA ni apa hahaha. Aku pergi sini pown dgn harapan dpt kerja yg aku nak and yg paling penting pengalaman dpt interview.

Jobfair ni diorg buat dekat Wisma Dredging (dekat dgn lrt KLCC). Balik tu mmg aku sesat dlm KLCC tu sbb x jumpe lrt hahha (mungkin hidup aku ni dah ditakdirkan utk slalu sesat kowt). Sampai je kat situ terus kene register semua and tiba lah masa untuk memilih kerja yg kau nak. Aku bdk lepasan diploma, so mmg aku cari yg under diploma punya laa. Masa nak cari kerja tu punya laa sesak nak mampos (diorg tampal kerja tu kat board). Tempat tu pown agak kecik untuk tampung seramai makhluk yg tgh cari kerja tu. Aku pown redah je laa. Akhirnya, dpt laa satu kerja yg berkenan di hati hehehe.

Siap isi borang interview tu, pergi pulak amik nombor giliran. Dalam 5 minit mcm tu je, org tu dah panggil utk interview. And yg paling aku bahagia nya, aku dpt interviewer yg ckp melayu. So x de laa tergagap gagap kene cakap english. Dia pown tanya benda benda simple je. Mungkin sbb penat dah interview ramai org hahaha.

Klau mcm interview sblom ni (dpt kat hotel pudu), org yg interview aku tu still tanya common question mcm tell me about yourself, what is you qualification, why you choose this job, etc etc. Aku pown merapu je jwb soalan dia tu sbb aku x prepare pown. Result nya mmg x dpt laa. Sadis kan hahha. Tu yg aku ada kat jobfair ni.

Selain tu, kat jobfair ni diorg ada jgak buat career consultation and career talk. So that, kau boleh lah tmbh ilmu mcm mana nak cari kerja yg sesuai. Aku lpas siap interview terus balik sbb malas nak bersesak sesak. Ramai giler x yah citer.

Alhamdulillah, masa interview tu aku diletakkn di short list utk second interview. Aku harap sgt dpt kerja tu huhu. Tolong doakn saya. (ceyyhh tetiba plak guna saya :p) Tu je laa pengalaman yg aku ada kat job fair ni. Dpt jgk laa sembang sembang skit dgn org yg x dikenali. Boleh dpt kwn baru ann,

So lastly, kepada job seekers yg still x dpt kerja mcm aku ni, jgn putus asa ok. Rezeki tu ada kat mana mana. Banyakkn doa pada Allah. Dia yg Maha Pemberi Rezeki. Jgn lupa yg tu ok. Bye for now ^_^





ni masa tgh beratur utk register. nmpk mcm x ramai org kan, tp hakikat nya penuh yg melampau hahha






ni dia kerja yg aku mintak tu hehe. seronok jgak dpt pengalaman baru ni kan. jgn malu malu k. tp malu pown kene bertempat jgak ghehee.

p/s: Life Is An Adventure



Monday, 7 November 2016

MENJELAJAH UTC PUDU

Assalamualaikum~

Hari ni dgn bersemangat nye aku bersiap nak pegi utc pudu utk buat ic baru dan renew lesen kereta. Nak pegi utc pudu ni senang je, naik lrt laluan ampang pastu turun dekat plaza rakyat. Nnti dah smpai, kau jalan je sepanjang jmbtn besi dan belok kanan (seram jgak laa jmbtn ni..sbb aku jln sorg2. So, sape yg x berani tu, mohon ajak kwn teman kan) Pastu boleh la cari lif dan naik tingkat 2. Nnti kau kene keluar skit baru nmpk pintu masuk (aku punye laa melilau x jumpe tmpt dia smpai masuk tmpt parking. Rupanye, kat depan tu je hahaha) Kat situ laa semua benda ada (JPN, JPJ, LHDN, JIM, SPAD)

Aku sampai utc ni sblom  pukul 8 pagi (semangat punye pasal), so tak ada laa ramai sgt org. Tpi klau kat jabatan imigresen ni, sblom 8 pagi lgi dah ramai beratur (terkejut baq ang hahha). Pastu aku pown meneruskan niat utk tukar ic baru kat JPN. Amik nombor, pastu tunggu sekejap je dia dah panggil. Make sure kau bwk ic lama tu dgn duit RM10. Lpas siap tangkap gmbr semua, dia pown ckp boleh amik ic lpas 2 jam (yg ni aku tabik laa...cekap buat keje fuhhh~)

Sementara nak tunggu 2 jam tu, aku pown menjelajah laa utc ni (smpai sesat masuk construction yg org buat keje tu muahaha sengal) Tak banyak pown kedai yg bukak lgi masa ni. Yg ada kedai 1Malaysia kat G floor. Klau lapar, boleh pegi tingkat 4 kat situ ada food court.

Pukul 11, aku naik balik kat JPN (tuntut ic baru bhahaha) Dapat je ic, aku terus pegi JPJ renew lesen. Tmpt dia depan2 je. Nnti just tunjuk ic baru kau tu (show off skit hehe) dgn lesen lama. Pastu pepandai laa diorg buat keje. Aku renew lesen terus 5 tahun (RM150) malas nak pegi utc byk kali hahha. Utk 1 tahun RM30 saje! Akhir nye selesai laa urusan ku di utc pudu. Boleh balik dgn tenang dan sambung buat resume. huhu.







  



















Ni laa tempat dia. Depan JPN tu ade kedai fotostet. Sebelah kedai fotostet tu laa JPJ.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali cuti umum
                           Jumaat ~8 am - 12 pm
                                          ~2.30 pm - 10 pm
                           Sabtu-Khamis ~8 am - 10 pm


Itu je laa cerita nye hari ni. Sekian~

Monday, 23 May 2016

BERFACIAL DI MAYFAIR...

Nak cerita pasal smalam pegi Mayfair kat Mid Valley. Mayfair ni utk sesapa yg suka facial nak bgi muka tu bersih ye. Aku pegi sini bkn sbb kaya tp sbb terpaksa. Sbb apa? Ada laa satu hari tu, ada org dtg promote voucher Mayfair ni. Dgn semangat nya dia bercerita tu, rasa bersalah plak klau tak amik hahaha. Apakan daya kene laa pegi jgak.

So, dah smpai kat Mid Valley ni pegi la cari tmpt dia kat mana. Aku dgn kwn aku terkedek-kedek laa mencari nya smpai ke dlm Mid Valley The Garden tu. Nak dkt 2 jam jgak laa mencari nya pastu baru laa nak pegi tanya receptionist kat situ. hahaha buang masa btol. Dah tanya semua tu, rupa nya dia ada antara bangunan Mid Valley Mall dgn Mid Valley The Garden. Keluar je dari mall, kene belok kanan smpai dkat Maybank. Kat depan tu laa Mayfair. Akhirnya sampai jgak.





















Ni kat dlm Mayfair tu. Walaupun kecik tp cantik k. Tak tipu. Firstly, dia akan check masalah kulit pastu dia bgi tau treatment apa yg kene pkai. Aku dpt treatment buang whitehead and blackhead. Lpas tu dia hilang kan eye bag. Masker dia sejuk gilerr mmg best gilerr laa cite dia hahha. Service pown tiptop. Balik rumah tu rasa muka flawless gilerr. Rasa je laa, bila tngok tak flawless pown haha. Pastu dia suru dtg stiap bulan buat treatment. Fuhhh mmg tak laa derrr. Klau kaya tu boleh laa pegi slalu. So, korg klau nak pegi sini make sure buat appointment dulu. Jgn main redah plak.

Dah habes buat facial tu, pegi masuk mall sbb nak mkn. Kitorg mkn kat food court je senang sbb bleh trus pegi surau dlm tu. Then kitorg pegi tngok wayang kejap. Before balik rumah nak jgak try Magnum hehe. Semua ada kat tingkat 3 Mid Valley.


                   


















Terliur tak? hahaha. Nama dia aku tak ingat sbb susah sgt nak sebut. Bahan yg berterabur atas tu kau boleh pilih sendiri. Pastu kau boleh usha masa dia tgh tabur bende tu jgak haha. Harga dia dlm Rm10 mcm tu. berbaloi laa kan. So, klau teringin tu boleh laa kumpul duit dari skrg or suruh kwn korg yg kaya belanja hehe.

Tu je laa nak cerita. Kaki pown x hilang lenguh lgi ni. Tu laa padah sesat kat Mid Valley. Hahaha
p/s; Mohon tanya receptionist klau tak tau tmpt kat mana ye hahaha